KUMPULAN Houthi Yaman akan melaksanakan elemen kejutan ketenteraan dalam operasi Laut Merah mereka.
Menurut pemimimpinnya, Abdul Malik al-Houthi dalam ucapan disiarkan di televisyen pada Khamis, kumpulan itu berulang kali melancarkan dron dan peluru berpandu terhadap kapal komersial antarabangsa sejak pertengahan November.
Namun menurut Malik, serangan kali ini akan melangkaui jangkauan musuh.
Menurutnya operasi akan diteruskan dengan cara yang sangat cekap ke arah Laut Merah, Laut Arab, Teluk Aden dan Selat Bab al-Mandab.
"Operasi ketenteraan kami akan diteruskan dan maju dan kami mempunyai kejutan yang tidak dijangka musuh kami sama sekali.
"Kami tidak mahu bercakap mengenainya. Ia akan menjadi kejutan untuk musuh kita, jauh dari jangkaan musuh dan sekutu kita," katanya.
Serangan Laut Merah ini telah mengganggu laluan perkpalan global dan memaksa syarikat logistik untuk memilih laluan perjalanan yang lebih panjang dan lebih mahal.
Bagi Houthi, mereka akan terus berada di medan perang sehingga makanan dan penjagaan kesihatan dibenarkan memasuki Gaza selain jenayah genosid di Gaza oleh zionis dihentikan.
Amerika Syarikat dan Britain mula menyerang sasaran Houthi di Yaman bulan lalu sebagai tindakan balas terhadap serangan ke atas perkapalan Laut Merah.
Astro Awani
Fri Mar 01 2024
Ucapan Abdul Malik al-Houthi yang disiarkan di televisyen pada Khamis. - Foto fail/REUTERS
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
Kekalahan 'hadiah' terakhir Mbappe
Mbappe telah menjaringkan 256 gol untuk PSG sejak tiba dari Monaco pada 2017 dalam perjanjian bernilai $194 juta (RM918 juta).
Ops rempit besar-besaran Pulau Pinang sita 79 motosikal
Sebuah Ops rempit, pencegahan lumba haram dan samseng jalanan dijalankan besar-besaran di Pulau Pinang berjaya menyita 79 buah motosikal.
Jadual padat, usaha tarik pelaburan Asia Barat di Qatar
Misi Malaysia untuk menarik pelaburan baharu dari Asia Barat diteruskan lagi dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Mei.
Dua maut dalam serangan Houthi ke atas kapal di Laut Merah
Pejuang Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang menyebabkan kapal True Confidence terbakar di sekitar 50 batu nautika dari pantai pelabuhan Aden, Yaman.
Houthi sasar dua kapal pemusnah AS
Kapal-kapal itu disasarkan dengan teknologi ketenteraan, serangan beberapa peluru berpandu dan dron tentera laut.
Houthi akan buat 'kejutan' kententeraan operasi Laut Merah
Kumpulan itu berulang kali melancarkan dron dan peluru berpandu terhadap kapal komersial antarabangsa sejak pertengahan November.
Kumpulan Houthi lancar peluru berpandu sasar kapal dagang Denmark di Laut Merah - CENTCOM
Kumpulan Houthi melancarkan empat peluru berpandu anti-kapal dengan sekurang-kurangnya tiga daripada peluru itu menyasarkan kapal dagang Denmark MT Pollux di Laut Merah.
Pemimpin Houthi dakwa telah capai kemenangan sebenar
Banyak syarikat perkapalan komersial telah mengalihkan kapal dari laluan perkapalan penting itu.
UK bakal kenakan sekatan baharu ke atas Houthi
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata, ia merancang untuk membuat pengumuman sekatan itu dalam masa beberapa hari lagi.
AS, Britain lancar serangan baharu ke atas Houthi di Yaman
Serangan itu membedil lapan sasaran termasuk sebuah tapak penyimpanan bawah tanah, peluru berpandu dan keupayaan pengawasan.
New Zealand hantar pasukan ke Laut Merah
New Zealand pada Selasa mengumumkan negara itu akan menghantar pasukan pertahanan enam anggota ke Asia Barat bagi melindungi keselamatan maritim di Laut Merah.
Ketegangan di Laut Merah berbahaya - Arab Saudi
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan menyeru agar ketegangan itu dikurangkan kerana ia mengundang bahaya di rantau berkenaan.
AS senaraikan semula Houthi sebagai pengganas
Ia dilihat sebagai usaha terbaharu Washington untuk membendung serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah.